Definisi
& konsep intervensi awal
Ø Satu proses membekalkan
perkhidmatan, pendidikan dan sokongan kepada kanak-kanak yang berisiko atau
yang mengalami kelambatan dalam perkembangan fizikal atau mental yang akan mempengaruhi
perkembangan dan menghalang pembelajaran.
Ø Menurut Hanson & Lynch (1989),
intervensi awal ialah gabungan usaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan,
perkembangan kemahiran motor, penjagaan diri, interaksi sosial, dan sokongan
keluarga yang dilaksanakan sejurus ketidakupayaan dikenal pasti.
Ø Menurut Kail (2001),
intervensi awal memberikan perkhidmatan rawatan, pemulihan, bimbingan, dan
khidmat nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa sebaik sahaja sesuatu
kecacatan dikesan atau dikenal pasti dialami oleh seseorang kanak-kanak.
Ø Sebagai contohnya, bagi kebanyakan
murid sekolah rendah, masalah pemulihan menjadi jelas apabila mereka gagal
untuk menguasai kemahiran membaca, menulis, dan mengira.
Ø Tingkah laku yang sering dilihat
ialah ketidakupayaan untuk memberi tumpuan.
Ø Lama-kelamaan kurikulum menjadi
semakin susah apabila mereka dikehendaki mempelajari bidang-bidang ilmu lain.
Ø Setelah beberapa tahun mengalami
kegagalan dalam bidang akademik, masalah emosi mula muncul yang menghalang
interaksi dengan murid lain.
Ø Oleh itu, intervensi awal sangat
penting untuk membantu kanak-kanak ini .
Ø Para ibu bapa dan guru tidak harus
berputus asa terhadap kanak-kanak pemulihan.
Ø Sebaliknya, mereka harus memberikan
sokongan sepenuhnya melalui usaha intervensi awal.
Tujuan
Wolfendale (1997) mengemukakan 4 tujuan utama intervensi
awal:
- Membekalkan sokongan kepada keluarga supaya berupaya menyokong perkembangan kanak-kanak.
- meningkatkan perkembangan kanak-kanak dalam bidang utama seperti komunikasi dan mobiliti.
- meningkatkan keyakinan kanak-kanak
- mengelakkanberlakunya masalah pada masa hadapan
Kepentingan
Intervensi Awal
• Memastikan kadar tumbesaran dan
perkembangan kanak-kanak berlaku dengan pesat sekali pada peringkat usia di
bawah lima tahun.
• Dapat menghalang masalah daripada
menjadi lebih serius ataupun mengakibatkan timbulnya masalah sekunder.
• Mengelakkan timbulnya masalah
sampingan seperti masalah emosi, sosial dan kognitif yang seterusnya
menjejaskan bidang akademik.
• Meningkatkan kemahiran komunikasi
kanak-kanak agar lebih berkesan serta menyeluruh.
• Memperkembangakan bahasa.
• Memperkembangan penguasaan
kemahiran-kemahiran asas (3M) seperti membaca, menulis dan mengira.
• Meneruskan pembelajaran ke kelas
biasa.
• Memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk bergaul dengan rakan-rakannya.
• Membina keyakinan diri
kanak-kanak.
Perlaksanaan
intervensi awal
Ø Pemilihan pelaksanaan intervensi
awal secara individu, secara kumpulan kecil atau seluruh kelas bergantung
kepada tahap keterukan sesuatu ketidakupayaan.
Ø Guru harus menentukan kesesuaian
strategi-strategi tersebut ke atas seluruh kelas, sekumpulan kecil atau orang
perseorangan.
Ø Pemilihan ini bergantung kepada kebijaksanaan
guru untuk menilai strategi intervensi yang terbaik mengikut jumlah pelajar dan
jenis ketidakupayaan.
Intervensi Berpusatkan Guru
Ø
Menurut
Gersten (1998), intervensi berpusatkan guru adalah satu kaedah yang berkesan
untuk mengajar dan mengawal murid bermasalah pembelajaran dan tingkah laku.
Ø
Golongan
pendidik seharusnya sedar tentang peranan mereka yang tidak hanya terbatas
untuk memberi ilmu pengetahuan, tetapi mencegah sesuatu ketidakupayaan itu
menjadi lebih kronik apabila kanak-kanak tersebut sudah dewasa.
Ø
Guru
memainkan peranan utama dalam sesi pengajaran dan pemulihan.
Ø
Dalam
intervensi ini, guru menentukan jenis strategi yang perlu digunakan, model dan
demonstrasi, memberi arahan kepada kanak-kanak dan memantau kemajuan mereka.
Ø
sesuai
digunakan pada tahap pemerolehan pengetahuan dan kemahiran.
Intervensi Berpusatkan Murid
Ø
Menurut
Graham, Harris, dan Reid (1993), intervensi berpusatkan murid lebih sesuai bagi
murid yang berkemampuan mengawal tingkah laku sendiri.
Ø
Apabila
murid yang boleh mengawal tingkah laku sendiri dikenal pasti, barulah
intervensi berpusatkan murid dilaksanakan.
Ø
Istilah
‘berpusatkan murid’ membawa imej tentang murid yang berdikari, bergantung pada
diri sendiri, dan berjaya mengendalikan proses-proses pemulihan dalam kelas
biasa.
Ø
Dalam
intervensi berpusatkan murid, murid memainkan peranan utama tetapi masih
mendapat bimbingan dalam beberapa perkara daripada guru kelas.
Ø
Murid
akan diajar prosedur-prosedur kawalan diri, menentukan matlamat yang realistik,
menangani kekecewaan, dan cara mengatasi masalah.
Ø
melatih
murid supaya dapat ‘berdiri di atas kaki sendiri’.
Intervensi Berpusatkan Keluarga
Ø Dalam
pendekatan intervensi berpusatkan keluarga, kanak-kanak dilihat sebagai
sebahagian daripada sistem sesebuah keluarga.
Ø Apabila
ibu bapa dilibatkan dalam proses intervensi, keluarga itu akan menjadi elemen
yang mustahak dalam proses pemulihan kanak-kanak berkenaan.
Ø memperbaiki
interaksi di antara kanak-kanak dengan golongan dewasa.
Ø Intervensi
berpusatkan keluarga memerlukan komitmen yang tinggi daripada setiap ahli
sesebuah keluarga.
Pendekatan ini juga mampu mengeratkan hubungan
kekeluargaan dan meningkatkan kefahaman tentang keperluan individu berkeperluan
khas
BENTUK INTERVENSI YANG SESUAI
• Kanak-kanak
yang dikenal pasti menghadapi masalah bahasa hendaklahlah diberi perhatian
untuk dipulihkan dengan segera.
• Tindakan awal
untuk membantu memulihkan atau mengurangkan masalah yang dihadapi oleh
kanak-kanak ini dikenali sebagai intervensi.
•
Apabila
mengajar bahasa kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak masalah
pembelajaran, guru hendaklah menggunakan beberapa teknik pengajaran yang khusus
bagi memenuhi keperluan bahasa kanak-kanak tersebut.
•
Dalam
merangka intervensi pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada kanak-kanak
masalah pembelajaran, aktiviti hendaklah berfokuskan kepada mereka.
•
Antara
intervensi pengajaran bahasa yang mungkin dapat membantu kanak-kanak mengatasi
masalah penguasaan bahasa mereka
i. Ajar bahasa di dalam situasi
•
Mengajar
bahasa di dalam situasi yang diadakan akan membantu kanak-kanak memahami isi
pelajaran dan seterusnya menguasai kemahiran bahasa yang diajar.
•
Contoh:
mengajarnya ketika dia bermain sesuatu permainan
ii. Ikut urutan perkembangan bahasa normal
•
Pengajaran
bahasa hendaklah berdasarkan kemampuan berbahasa kanak-kanak mengikut peringkat
umur mereka.
iii. Guna strategi pengajaran yang khusus dan
berkesan ketika memperkenalkan konsep baru
•
Kini,
pelbagai strategi pengajaran khusus boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak
masalah pembelajaran .
•
Antara
ialah:
-kaedah VAKT
-kaedah fonik dan sebagainya.
iv. Bercakap tentang apa yang mereka fikir atau
lakukan
•
Kanak-kanak
mesti dilatih bercakap dan menyampaikan buah fikiran mereka.
•
Satu cara mudah merangsang mereka bercakap
adalah dengan meminta mereka bercakap tentang apa yang mereka sedang fikirkan
atau perkara yang mereka sedang lakukan.
vi. Gunakan contoh yang betul untuk memberikan
latihan bagi kemahiran bahasa yang khusus
•
Menunjukkan
contoh yang betul atau menggunakan teknik modeling supaya kanak-kanak dapat meniru kemahiran
bahasa yang betul.
•
Kemahiran
bacaan mekanis misalnya boleh dajar dengan cara guru menunjukkan cara bacaan
yang betul atau menayangkan rakaman pembaca berita TV yang sedang membaca
berita.
vii. Menggunakan aktiviti harian dalam
menyediakan latihan kemahiran-kemahiran bahasa dalam lingkungan konteksnya
•
Aktiviti
harian kanak-kanak sama ada di rumah atau di sekolah boleh dimanfaatkan dengan
menyediakan pengalaman-pengalaman bahasa yang boleh mereka pelajari.
- Selain itu, aktiviti harian pelajar juga boleh digunakan sebagai bahan atau tema bagi sesuatu pengajaran bahasa.
terima kasih atas info di atas. sangat informatif
ReplyDeleteterima kasih ..saya copy ya
ReplyDeleteterma kasih....
ReplyDeleteTerima Kasih info ini.. saya mohon copy
ReplyDelete