Wednesday, 11 February 2015

CIRI-CIRI PEMULIHAN KHAS


PENDAPAT  TOKOH


-AE TANSLEY DAN R.CULLIFORD-
kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa.”

-M.FCLOUGH
“ kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang taakul, kurang berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara-perkara yang agak abstrak.”

-SHARIFAH RAHMAH ALI
“ kanak-kanak yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemampuan mempunyai kecerdasan yang tinggi, yang sederhana dan di bawah paras sederhana. Kita tidak masukkan kategori kanak-kanak yang terlalu lemah (mentally retarded).”



CIRI-CIRI  KANAK PEMULIHAN


  • Emosi dan tingkahlaku
  • Sosial
  •   Kesihatan
  •   Kesedian belajar
  •  Pengamatan

1-   Emosi dan tingkahlaku

  • Perasaan rendah diri
  •  Perasaan risau
  • Sedih / hiba / duka
  •   Cepat bosan / jemu terhadap pelajaran
  • Takut dengan perkara baru
  • Degil,  tidak  patuh  arahan
  •  Pasif
  •  Malas


2-Sosial

·         Gelisah – tidak selesa dengan guru atau rakan
·         Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
·         Gemar  menghisap atau  menggigit jari / kuku.
·         Selalu tidak hadir ke sekolah dengan pelbagai alasan.
·         Selalu menangis - enggan masuk kelas.
·         Hyper aktif – selalu bergerak dan menganggu   kawan.

3-      Kesihatan

  •    Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.
  •  Tumbesaran tubuh badan tak seimbang (gemuk/kurus)
  •   Tumpuan perhatian terhad- masalah   penglihatan.
  •     Lemah gerakan moto-kasar dan halus.
  •  Kesihatan terganggu - seperti selalu sakit,
  •  Sakit terlalu lama dan teruk.
  •  Kurang menjaga kebersihan diri.

4-      Kesedian belajar

•          Belum bersedia untuk belajar.
•          Kurang perbendaharaan kata.
•          Lemah pemahaman.
•          Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
•          Kurang  matang – IQ tidak seimbang dengan     umur hayat.


5-      Pengamatan

•          Tidak  kenal perbezaan  bentuk,  saiz,  warna  dan  turutan.
•          Lemah pendengaran bunyi dan rentak.
•          Keliru konsep ruang dan mencari arah.
•          Lambat mengkelas benda.
•          Kesukaran menghubungkaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
•          Tidak dapat menyelesaikan masalah.












No comments:

Post a Comment