Wednesday 11 February 2015

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN PEMULIHAN



KONSEP

Pendidikan pemulihan ialah:


          “Suatu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid-murid yang menghadapi kesulitan pembelajaraan khususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira sebagai kemahiran asas yang menjadi fokus KBSR”.


OBJEKTIF

          Membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran asas - membaca, menulis dan mengira.
          Membantu murid mengubah sikap negatif dan tingkahlaku yang menjejaskan proses pembelajaran.
          Memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.(Panduan Program Pemulihan KBSR Tahap Satu - 1984)


PUNCA DAN BIDANG KUASA

Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan.
          Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah KPM.
                Bil.KP(BS)8691/Jld.II/(32) bertarikh
                22 Januari 1985.
                “Guru Khas Pendidikan Pemulihan”
          Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah KPM.
                Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V (26)  bertarikh 18 Januari 1986.
                “Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah”
          Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah KPM.
                Bil.KP(BS)8502/PK/Jld.V (34) bertarikh
                 30 Jun 1989.
                “Guru Khas  Pemulihan Dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah”

SEJARAH PENDIDIKAN PEMULIHAN



SEJARAH LUAR NEGERI
          Dua buah negara yang terkenal kerana pendidikan pemulihannya ialah Amerika dan England
          Perkembangan di Amerika berkembang dengan pesatnya setelah termaktubnya PL 94-142, sementara di England pula selepas Laporan Warnock


SEJARAH DALAM NEGARA
          Bermula pada tahun 1965 apabila 3 orang guru yang mendapat latihan di England kembali berkhidmat.
          Sehingga 1968, seramai 9 orang guru telah mendapat latihan di luar negara


PROJEK KHAS UM

Pendidikan Imbuhan (Compensatory Education)
          Pendidikan Imbuhan dilaksanakan setelah mendapat sumbangan daripada Yayasan Van de Leer dari Belanda
          Pendidikan Pemulihan pula adalah sebahagian daripada Pendidikan Imbuhan
          Munculnya konsep pendidikan imbuhan selepas Perang Dunia Kedua di negara-negara Barat disebabkan wujudnya keadaan sosio ekonomi yang tidak saksama di kalangan rakyat


Pendidikan Imbuhan (Compensatory Education)
          Pendidikan Imbuhan ditujukan kepada kanak-kanak dari kelas sosial bawah yang miskin atau kanak-kanak ini dilabelkan juga sebagai golongan ‘disadvantaged’ atau ‘kurang beruntung’ & diberi bantuan khas
          Di Britain & Israel bantuan diberikan melalui dasar ‘positive discrimination’ & ‘preferential treatment’
          Bantuan yg diberikan; mengurang saiz kelas, menyediakan sukatan pelajaran khas yg diubahsuai & bantuan kewangan

          Di Malaysia Projek Pendidikan Imbuhan khasnya peringkat sekolah rendah telah dijalankan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 1975-1980
          Antara projek tersebut ialah satu kajian rintis yg menghasilkan bahan-bahan untuk kegunaan guru sekolah rendah yg berminat dalam pengajaran pemulihan
          Pendidikan Imbuhan dilaksanakan lebih awal iaitu peringkat awal pembelajaran
          Guru menentukan aspek-aspek pembelajaran yang diperlukan
          Guru menentukan objektif tingkah laku murid dengan jelas & khusus
          Guru boleh mengubahsuai bahan-bahan kurikulum & kaedah P&P yg lebih berkesan
          Guru mempunyai hubungan yg baik dgn agensi & badan-badan lain yg boleh membantu meningkatkan prestasi murid


PERBEZAAN PENDIDIKAN IMBUHAN & PENDIDIKAN PEMULIHAN


          Pendidikan Imbuhan meliputi meliputi kedua-dua faktor yg mempengaruhi pendidikan iaitu faktor dalam sekolah dan faktor luar sekolah
          Pendidikan pemulihan memberi fokus dalam sekolah sahaja
          Pendidikan Imbuhan luas skopnya selain mengkaji unsur-unsur pendidikan ianya juga meliputi unsur-unsur sosio-ekonomi & politik
          Pendidikan Pemulihan terbatas kepada faktor pedagogi dalam bilik darjah




No comments:

Post a Comment