Monday 1 June 2015

Latar Belakang Pendidikan Pemulihan

        Pendidikan pemulihan di negara kita bermula sejak tahun enam puluhan. Titik tolaknya ialah tinjauan keperluan pengajaran pemulihan yang diadakan pada tahun 1967. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengadakan tinjauan itu di sembilan
buah sekolah. Tinjauan itu berterusan hingga tahun 1970.

        Pada bulan Ogos 1975, KPM menganjurkan seminar pengajaran pemulihan untuk pengurus dan guru sekolah rendah. Pada tahun 1975 juga, KPM menghantar empat orang pegawai pendidikan mengikuti kursus dalam bidang pengajaran pemulihan di luar negara. Pada tahun 1976, Maktab Perguruan Ilmu Khas melatih 55 orang guru sekolah rendah untuk menjadi guru khas pemulihan. Pada tahun yang sama, MPIK mengadakan seminar pengajaran pemulihan untuk 50 orang pensyarah maktab           perguruan.

       Selain itu, pada tahun 1972 hingga 1981, KPM melaksanakan Projek Pendidikan Imbuhan untuk 12 buah sekolah rendah. Projek itu bertujuan mengenal pasti masalah pengajaran dan pembelajaran pemulihan murid-murid tahun satu hingga tahun        tiga.

       Pada tahun 1979, Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran memperakukan supaya sekolah mengadakan ujian rujukan kriteria. Dengan berdasarkan dapatan ujian itu, pihak sekolah perlu melakukan tindakan penambahbaikan. Tindakan itu termasuklah penggunaan kaedah dan sumber pengajaran yang sesuai dalam kelas yang lebih kecil. KPM pula perlu menyediakan guru yang mampu mengendalikan pengajaran           pemulihan.

        Mulai tahun 1980, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) melaksanakan perakuan yang berkenaan. KBSR mengetengahkan konsep 5P, iaitu penggabungjalinan, penyerapan, penilaian berterusan, pemulihan dan pengayaan. Hal ini jelas memperlihatkan pemulihan merupakan satu daripada unsur istimewa KBSR.


       Mulai tahun 1986, KPM mengarahkan semua sekolah rendah di negeri yang mempunyai guru khas pemulihan agar melaksanakan program pemulihan di sekolah masing-masing. Arahan itu membayangkan bahawa pelaksanaan program sebelumnya adalah pada tahap yang tidak memuaskan. Antara sebabnya ialah kerajaan tidak berupaya menyediakan guru khas pemulihan yang mencukupi untuk semua sekolah         rendah.

       Pada tahun 1987, hanya terdapat 4,331 orang guru khas pemulihan berbanding dengan 6,700 buah sekolah rendah yang memerlukannya. Daripada jumlah itu, kerajaan hanya mampu mewujudkan 2,233 jawatan guru khas pemulihan.

      Pada tahun 1997, KPM mengeluarkan dapatan tinjauan kadar celik huruf selepas enam bulan murid berada dalam tahun satu. Tinjauan itu menunjukkan hampir 75,000 orang murid belum celik huruf. Jumlah ini bersamaan dengan 22 peratus daripada keseluruhan murid. Satu sumber lain (KPM, 1999) menyatakan, antara sepuluh hingga lima belas peratus murid sekolah masih menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran. Mereka gagal menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis,     mengira).

      Mulai tahun 1998, program pemulihan menjadi agenda penting KPM. Antara tindakan KPM ialah melatih guru Bahasa Melayu untuk melaksanakan pemulihan ringan dalam bilik darjah. Tindakan lain ialah menambah guru pemulihan khas (GPK) yang mampu   mengendalikan        pemulihan    berat.

     Selain itu, pada bulan November 1998, KPM memulakan usaha untuk menghasilkan buku panduan bagi melaksanakan program pemulihan khas. Buku itu terbit pada tahun 1999. Buku itu menjadi sumber penting  GPK dan guru Bahasa Melayu.







       Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ada mencatatkan bahawa pada tahun 2005 sebanyak 4.4 peratus murid sekolah rendah dan 0.8 peratus pelajar sekolah menengah masih belum menguasai 3M. Peratusan ini termasuk juga pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran. Jadi, mulai tahun 2006 KPM menambah baik program yang sedia ada dan melaksanakan program baharu bagi mengurangkan peratusan murid yang tidak           menguasai3M.



      Program terpenting ialah Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M). Program ini bertujuan untuk membantu murid tahun satu menguasai kemahiran membaca dan menulis. Program ini dilaksanakan oleh guru Bahasa Melayu.


       Usaha lain ialah menambah guru pemulihan khas melalui program Kursus Perguruan Lepas Ijazah, Kursus Dalam Perkhidmatan untuk guru sekolah kurang murid dan beberapa kursus jangka pendek yang lain.



       Pada 12 September 2009, akhbar Berita Harian Online menyiarkan berita bahawa 85,000 orang pelajar tahun satu di negara kita belum menguasai kemahiran membaca dan menulis (2M). Data yang di bawah pula menunjukkan pencapaian KIA2M tidaklah membanggakan.*

        Jadi, bermula pada tahun 2010 Program Literacy and Numeracy Screening (LINUS) menggantikan Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M). LINUS berkaitan pula dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Minister Key Performance Indicators (MPKI) Kementerian Pelajaran Malaysia menyasarkan bahawa semua murid normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikANrendah      menjelang     2012.



            Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu cabang daripada sebahagian pendidikan imbuhan.Ianya juga disebut sebagai ‘Remedial education’ di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja.Pendidikan Pemulihan berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. dan
            Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas pemulihan. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga khas iaitu menepati kehendak ‘ menjadikan pulih ‘.
            Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat.
Definisi Pendidikan Pemulihan
            Berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli pendidik Barat dan tempatan mengenai takrifan pendidikan pemulihan.
           Secara lebih khusus, takrif pendidikan pemulihan itu telah diberi dengan pelbagai definisi, antaranya ialah :
i) Sharifah Alwiah Alsagoff, 1983 : 371
‘      satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.’
ii) Ishak Harun & Koh Boh Boon, 1983 : 191
‘      Perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang   menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa’ .

iii) Pringle (1966)
‘   pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar,melalui latihan yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka.

iv) Albertwhite (1977)
‘ pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh gangguan-gangguan emosi ’.

v) Tansley (1967)
‘ pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematis bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan secara tersusun.

vi) Collins (1961)
‘ pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan mata pelajaran asas. Malah beliau menegaskan pengajaran ini ialah satu kaedah pengajaran yang istimewa bagi murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran asas di sekolah seperti membaca,menulis dan mengira.
vii) Evans (1995)
‘ pengajaran pemulihan dianggap sebagai “ the ambulance of educational system “. Dengan sebab itu pengajaran pemulihan ini tidak boleh diambil kira sebagai satu pekerjaan atau pengajaran yang dilakukan secara mengejut, mendadak atau digunakan pada waktu kecemasan sahaja. Pengajarannya perlu dirancang dan disusun dengan rapi berdasarkan aspek –aspek kelemahan murid.
viii) Blair (1956)
‘ pengajaran pemulihan adalah satu bentuk pengajaran yang bertujuan untuk membaharui teknik pengajaran dan pembelajaran untuk mengikis segala kebiasaan-kebiasaan dan amalan-amalan yang tidak sesuai bagi murid-murid lambat’.
ix) Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan dalam pekeliling KP (BS) 8502/5/PK/Jld. V (26) bertarikh 8 Januari 1986.
‘ pengajaran pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini’.
x) Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (1984)
‘ dalam konteks KBSR Program Pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Mereka ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan’.
xi) Koh (1979)
‘ pengajaran pemulihan sebagai pengajaran yang bertujuan untuk memulihkan kelemahan-kelemahan yang dikesan pada murid lambat dengan tujuan untuk meningkatkan taraf pencapaian mereka agar setaraf dengan pencapaian murid-murid normal ‘.

xii) Chua (1977)
‘          pendidikan pemulihan sebagai satu pengajaran yang bertujuan untuk membantu murid yang lemah, melalui pendekatan perseorangan dalam kelas yang kecil bilangan muridnya. Pengajaran ini menggunakan kurikulum yang diubahsuaikan dengan menitikberatkan perkara yang praktis dan latih tubi, tunjuk cara yang melibatkan kegiatan dan gerak kerja yang dimudahkan serta disampaikan dengan teratur serta dikendalikan oleh kakitangan ikhtisas (profesional)yang terdiri daripada Guru Pemulihan dengan kerjasama doktor, pekerja sosial, pakar jiwa dan pihak-pihak lain yang berkaitan.
Kesimpulan Definisi
Secara kesimpulannya, pengajaran pemulihan adalah sejenis pengajaran yang dijalankan untuk membantu murid-murid lambat dalam pembelajaran di sekolah agar mereka tidak terus ketinggalan dalam proses pendidikan di sekolah dan dapat seiring dan setaraf dengan rakan mereka yang lain.
2.2       Tujuan Pengajaran Pemulihan
Berdasarkan Buku Panduan Program Pemulihan Kurikulum Baru Sekolah untuk Tahap Satu Kementerian Pendidikan Malaysia (1984), tujuan utama pengajaran pemulihan ialah untuk:
a) Membantu mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu.
b) Membantu murid mengubah sikap yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran.
c) Memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.


            Menurut Koh (1986), menegaskan pengajaran pemulihan diperlukan untuk mengatasi kesusahan pembelajaran bagi kanak-kanak yang mengalami kesusahan ini tanpa menghiraukan label-label ke atas murid tersebut seperti bodoh, lambat dan sebagainya.
Menurut Blair (1968), pengajaran pemulihan diperlukan untuk fungsi-fungsi berikut:
a) Untuk menyingkirkan tabiat dan sikap yang tidak selari dengan pembelajaran berkesan atau dengan kata lain memulihkan kesalahan atau kelemahan.
b) Untuk mengajar buat pertama kali tabiat, kemahiran dan sikap baik yang belum dipelajari, tetapi seharusnya sudah dipelajari.Tabiat, kemahiran dan sikap baik diperlukan oleh murid untuk meningkatkan kecekapan murid.
            Maka, pengajaran pemulihan diperlukan untuk mengatasi dua jenis kelemahan iaitu mengikis tabiat tidak baik yang sedia ada dan kedua ialah untuk membentuk tabiat baik yang belum ada pada murid itu.

            Dengan ini, pendidikan diperlukan untuk mengatasi dua jenis kelemahan ini.Bagi keperluan guru, untuk mengatasi kedua-dua jenis kelemahan ini, prinsip-prinsip pengajaran yang harus digunakan ialah yang berasaskan psikologi, di samping terdapatnya berbagai-bagai cara bekerja, teknik dan alat pelaksanaannya.
Tujuan-tujuan pendidikan pemulihan adalah:
a) Mengenal pasti pelajar yang memerlukan pemulihan.
b) Untuk mewujudkan alat-alat diagnostik supaya dapat mengesan kesulitan-kesulitan pembelajaran tertentu.
c) Mengeluarkan bahan-bahan kurikulum dan kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai untuk memenuhi keperluan setiap kanak-kanak.
d) Mencegah sesuatu kurang upaya supaya tidak menjadi satu kecacatan.
e) Merapatkan hubungan antara guru biasa dan guru khas supaya layanan yang diberi oleh guru khas dapat diteguhkan oleh guru biasa.
f) Membentuk komunikasi yang berkesan dengan pakar-pakar dan agensi-agensi untuk perkembangan optimum setiap kanak-kanak.
      Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1985) pengajaran pemulihan adalah khusus untuk membantu sebilangan pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran di sekolah rendah, terutamanya dalam masalah bahasa.

Definisi Pengayaan
       Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 693) mentakrifkan “pengayaan” sebagai “perihal (usaha, proses, dsb) mengayakan, misalnya mengayakan atau meluaskan kosa kata”. Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan.

        Mok Soon Sang (1990: 55) pula menjelaskan bahawa aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah, sama ada dalam kumpulan cerdas, sederhana, atau lambat. Menurutnya lagi, melalui aktiviti pengayaan, murid-murid akan dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu bidang pelajaran tertentu.

       Justeru, tujuan program pengayaan adalah untuk memperluas pengetahuan dan pengalaman di samping memperkukuh kemahiran yang sedang dipelajari. Penglibatan murid-muird dalam aktiviti ini membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat ingin tahu, minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan, dan masyarakat.






Intervensi Awal



Definisi & konsep intervensi awal


Ø  Satu proses membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan sokongan kepada kanak-kanak yang berisiko atau yang mengalami kelambatan dalam perkembangan fizikal atau mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan menghalang pembelajaran.
Ø  Menurut Hanson & Lynch (1989), intervensi awal ialah gabungan usaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan, perkembangan kemahiran motor, penjagaan diri, interaksi sosial, dan sokongan keluarga yang dilaksanakan sejurus ketidakupayaan dikenal pasti.
Ø  Menurut Kail (2001), intervensi awal memberikan perkhidmatan rawatan, pemulihan, bimbingan, dan khidmat nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa sebaik sahaja sesuatu kecacatan dikesan atau dikenal pasti dialami oleh seseorang kanak-kanak.
Ø  Sebagai contohnya, bagi kebanyakan murid sekolah rendah, masalah pemulihan menjadi jelas apabila mereka gagal untuk menguasai kemahiran membaca, menulis, dan mengira.
Ø  Tingkah laku yang sering dilihat ialah ketidakupayaan untuk memberi tumpuan.
Ø  Lama-kelamaan kurikulum menjadi semakin susah apabila mereka dikehendaki mempelajari bidang-bidang ilmu lain.
Ø  Setelah beberapa tahun mengalami kegagalan dalam bidang akademik, masalah emosi mula muncul yang menghalang interaksi dengan murid lain.
Ø  Oleh itu, intervensi awal sangat penting untuk membantu kanak-kanak ini .
Ø  Para ibu bapa dan guru tidak harus berputus asa terhadap kanak-kanak pemulihan.
Ø  Sebaliknya, mereka harus memberikan sokongan sepenuhnya melalui usaha intervensi awal.



Tujuan


Wolfendale (1997) mengemukakan 4 tujuan utama intervensi awal:

  1. Membekalkan sokongan kepada keluarga supaya berupaya menyokong perkembangan kanak-kanak.
  2.  meningkatkan perkembangan kanak-kanak dalam bidang utama seperti komunikasi dan mobiliti.
  3.  meningkatkan keyakinan kanak-kanak
  4.  mengelakkanberlakunya masalah pada masa hadapan


Kepentingan Intervensi Awal


       Memastikan kadar tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak berlaku dengan pesat sekali pada peringkat usia di bawah lima tahun.
       Dapat menghalang masalah daripada menjadi lebih serius ataupun mengakibatkan timbulnya masalah sekunder.
       Mengelakkan timbulnya masalah sampingan seperti masalah emosi, sosial dan kognitif yang seterusnya menjejaskan bidang akademik.
       Meningkatkan kemahiran komunikasi kanak-kanak agar lebih berkesan serta menyeluruh.
       Memperkembangakan bahasa.
       Memperkembangan penguasaan kemahiran-kemahiran asas (3M) seperti membaca, menulis dan mengira.
       Meneruskan pembelajaran ke kelas biasa.
       Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bergaul dengan rakan-rakannya.
       Membina keyakinan diri kanak-kanak. 


Perlaksanaan intervensi awal

Ø  Pemilihan pelaksanaan intervensi awal secara individu, secara kumpulan kecil atau seluruh kelas bergantung kepada tahap keterukan sesuatu ketidakupayaan.
Ø  Guru harus menentukan kesesuaian strategi-strategi tersebut ke atas seluruh kelas, sekumpulan kecil atau orang perseorangan.
Ø  Pemilihan ini bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk menilai strategi intervensi yang terbaik mengikut jumlah pelajar dan jenis ketidakupayaan.


                                                                                                                
Intervensi Berpusatkan Guru

Ø  Menurut Gersten (1998), intervensi berpusatkan guru adalah satu kaedah yang berkesan untuk mengajar dan mengawal murid bermasalah pembelajaran dan tingkah laku.
Ø  Golongan pendidik seharusnya sedar tentang peranan mereka yang tidak hanya terbatas untuk memberi ilmu pengetahuan, tetapi mencegah sesuatu ketidakupayaan itu menjadi lebih kronik apabila kanak-kanak tersebut sudah dewasa.
Ø  Guru memainkan peranan utama dalam sesi pengajaran dan pemulihan.
Ø  Dalam intervensi ini, guru menentukan jenis strategi yang perlu digunakan, model dan demonstrasi, memberi arahan kepada kanak-kanak dan memantau kemajuan mereka.
Ø  sesuai digunakan pada tahap pemerolehan pengetahuan dan kemahiran.



Intervensi Berpusatkan Murid

Ø  Menurut Graham, Harris, dan Reid (1993), intervensi berpusatkan murid lebih sesuai bagi murid yang berkemampuan mengawal tingkah laku sendiri.
Ø  Apabila murid yang boleh mengawal tingkah laku sendiri dikenal pasti, barulah intervensi berpusatkan murid dilaksanakan.
Ø  Istilah ‘berpusatkan murid’ membawa imej tentang murid yang berdikari, bergantung pada diri sendiri, dan berjaya mengendalikan proses-proses pemulihan dalam kelas biasa.
Ø  Dalam intervensi berpusatkan murid, murid memainkan peranan utama tetapi masih mendapat bimbingan dalam beberapa perkara daripada guru kelas.
Ø  Murid akan diajar prosedur-prosedur kawalan diri, menentukan matlamat yang realistik, menangani kekecewaan, dan cara mengatasi masalah.
Ø  melatih murid supaya dapat ‘berdiri di atas kaki sendiri’.


Intervensi Berpusatkan Keluarga
Ø  Dalam pendekatan intervensi berpusatkan keluarga, kanak-kanak dilihat sebagai sebahagian daripada sistem sesebuah keluarga.
Ø  Apabila ibu bapa dilibatkan dalam proses intervensi, keluarga itu akan menjadi elemen yang mustahak dalam proses pemulihan kanak-kanak berkenaan.
Ø  memperbaiki interaksi di antara kanak-kanak dengan golongan dewasa.
Ø  Intervensi berpusatkan keluarga memerlukan komitmen yang tinggi daripada setiap ahli sesebuah keluarga.
Pendekatan ini juga mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkan kefahaman tentang keperluan individu berkeperluan khas




BENTUK INTERVENSI YANG SESUAI



       Kanak-kanak yang dikenal pasti menghadapi masalah bahasa hendaklahlah diberi perhatian untuk dipulihkan dengan segera.
       Tindakan awal untuk membantu memulihkan atau mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini dikenali sebagai intervensi.
       Apabila mengajar bahasa kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak masalah pembelajaran, guru hendaklah menggunakan beberapa teknik pengajaran yang khusus bagi memenuhi keperluan bahasa kanak-kanak tersebut.
       Dalam merangka intervensi pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada kanak-kanak masalah pembelajaran, aktiviti hendaklah berfokuskan kepada mereka.
       Antara intervensi pengajaran bahasa yang mungkin dapat membantu kanak-kanak mengatasi masalah penguasaan bahasa mereka

i. Ajar bahasa di dalam situasi

       Mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan akan membantu kanak-kanak memahami isi pelajaran dan seterusnya menguasai kemahiran bahasa yang diajar.
       Contoh: mengajarnya ketika dia bermain sesuatu permainan

ii. Ikut urutan perkembangan bahasa normal

       Pengajaran bahasa hendaklah berdasarkan kemampuan berbahasa kanak-kanak mengikut peringkat umur mereka.

iii. Guna strategi pengajaran yang khusus dan berkesan ketika memperkenalkan konsep baru

       Kini, pelbagai strategi pengajaran khusus boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak masalah pembelajaran .
       Antara ialah:
                                                                                                  
-kaedah VAKT                                                                                      
-kaedah fonik dan sebagainya.

iv. Bercakap tentang apa yang mereka fikir atau lakukan

       Kanak-kanak mesti dilatih bercakap dan menyampaikan buah fikiran mereka.
      Satu cara mudah merangsang mereka bercakap adalah dengan meminta mereka bercakap tentang apa yang mereka sedang fikirkan atau perkara yang mereka sedang lakukan.


vi. Gunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagi kemahiran bahasa yang khusus

       Menunjukkan contoh yang betul atau menggunakan teknik modeling  supaya kanak-kanak dapat meniru kemahiran bahasa yang betul.
       Kemahiran bacaan mekanis misalnya boleh dajar dengan cara guru menunjukkan cara bacaan yang betul atau menayangkan rakaman pembaca berita TV yang sedang membaca berita.

vii. Menggunakan aktiviti harian dalam menyediakan latihan kemahiran-kemahiran bahasa dalam lingkungan konteksnya

       Aktiviti harian kanak-kanak sama ada di rumah atau di sekolah boleh dimanfaatkan dengan menyediakan pengalaman-pengalaman bahasa yang boleh mereka pelajari.
  • Selain itu, aktiviti harian pelajar juga boleh digunakan sebagai bahan atau tema bagi sesuatu pengajaran bahasa.

Sunday 15 March 2015

GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN


CIRI-CIRI GURU  PENDIDIKAN PEMULIHAN YANG BAIK


  • Mempunyai peribadi yang stabil
  • Luas bacaan & cerdas
  • Tidak takut disisihkan
  • Sentiasa ingin belajar, kecekapan pengajaran & pentaksiran
  • Berkeupayaan mengenal pasti masalah murid & punca masalah Berkemahiran &berpengetahuan menggunakan alat-alat yang sesuai untuk tujuan pemulihan, seperti alat ujian saringan & ujian diagnostik
  • Berkebolehan merancang pengajaran pemulihan dari segi objektif, kemahiran, persediaan & pemilihan bahan serta proses menilai



PERANAN PENILAIAN (ASSESSMENT ROLE)


1.  Menyediakan & menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran asas 3M

2.   Menjalankan ujian diagnostik untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid secara khusus

3.  Menjalankan penilaian berterusan & merekod dengan rapi & sistematik



PERANAN PRESKRIPTIF (PRESCRIPTIVE ROLE)


1.   Merancang, menyedia & melaksanakan  program secara individu bagi murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu

2.  Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan sekiranya diperlukan



PERANAN PENGAJARAN (THERAPEUTIC ROLE)


  1.   Mengajar dengan menggunakan berbagai pendekatan & kaedah serta penggunaan bahan & aktiviti yang berfungsi agar objektif-objektif pembelajaran khususnya dapat dicapai

     2.  Menilai & merekod prestasi murid dari semasa ke semasa

      3.  Mengajar bersama-sama dengan guru kelas secara team-teaching atau khidmat damping          sekiranya perlu


PERANAN KHIDMAT BANTU (SUPPORTIVE ROLE)


1.  Membantu guru-guru merancang & mengubah suai aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran & pembelajaran

2.  Membimbing & memberi tunjuk ajar kepada guru-guru mengenai teknik-teknik mengajar kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran


PERANAN PERHUBUNGAN (LIAISON ROLE)

BERHUBUNG DENGAN;

1.  Pentadbir sekolah-Guru Besar & GPK

2.   Guru-guru lain-guru kelas & guru subjek

3.   Ibu bapa & waris

4.   Masyarakat

5.    Khidmat sokongan-pegawai perubatan, kaunselor   & agensi luar


PERANAN KAUNSELING (COUNSELING ROLE)


1.   Memupuk hubungan mesra (rapport) dengan murid dalam suasana yang bebas dari ancaman

2.   Menolong mengubah tingkah laku murid ke arah yang positif



PERANAN ADVOKASI (ADVOCATIVE ROLE)

 1.  Wujudkan jaringan hubungan sesama guru pemulihan sama ada di peringkat PKG, daerah malah sehingga ke peringkat negeri

2.  Dedahkan apa yang dibuat kepada rakan sejawat, pentadbir sekolah & juga para waris melalui program ‘reach out atau outreach’







Wednesday 11 February 2015

CIRI-CIRI PEMULIHAN KHAS


PENDAPAT  TOKOH


-AE TANSLEY DAN R.CULLIFORD-
kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa.”

-M.FCLOUGH
“ kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang taakul, kurang berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara-perkara yang agak abstrak.”

-SHARIFAH RAHMAH ALI
“ kanak-kanak yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemampuan mempunyai kecerdasan yang tinggi, yang sederhana dan di bawah paras sederhana. Kita tidak masukkan kategori kanak-kanak yang terlalu lemah (mentally retarded).”



CIRI-CIRI  KANAK PEMULIHAN


  • Emosi dan tingkahlaku
  • Sosial
  •   Kesihatan
  •   Kesedian belajar
  •  Pengamatan

1-   Emosi dan tingkahlaku

  • Perasaan rendah diri
  •  Perasaan risau
  • Sedih / hiba / duka
  •   Cepat bosan / jemu terhadap pelajaran
  • Takut dengan perkara baru
  • Degil,  tidak  patuh  arahan
  •  Pasif
  •  Malas


2-Sosial

·         Gelisah – tidak selesa dengan guru atau rakan
·         Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
·         Gemar  menghisap atau  menggigit jari / kuku.
·         Selalu tidak hadir ke sekolah dengan pelbagai alasan.
·         Selalu menangis - enggan masuk kelas.
·         Hyper aktif – selalu bergerak dan menganggu   kawan.

3-      Kesihatan

  •    Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.
  •  Tumbesaran tubuh badan tak seimbang (gemuk/kurus)
  •   Tumpuan perhatian terhad- masalah   penglihatan.
  •     Lemah gerakan moto-kasar dan halus.
  •  Kesihatan terganggu - seperti selalu sakit,
  •  Sakit terlalu lama dan teruk.
  •  Kurang menjaga kebersihan diri.

4-      Kesedian belajar

          Belum bersedia untuk belajar.
          Kurang perbendaharaan kata.
          Lemah pemahaman.
          Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
          Kurang  matang – IQ tidak seimbang dengan     umur hayat.


5-      Pengamatan

          Tidak  kenal perbezaan  bentuk,  saiz,  warna  dan  turutan.
          Lemah pendengaran bunyi dan rentak.
          Keliru konsep ruang dan mencari arah.
          Lambat mengkelas benda.
          Kesukaran menghubungkaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
          Tidak dapat menyelesaikan masalah.












PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN PEMULIHAN



KONSEP

Pendidikan pemulihan ialah:


          “Suatu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid-murid yang menghadapi kesulitan pembelajaraan khususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira sebagai kemahiran asas yang menjadi fokus KBSR”.


OBJEKTIF

          Membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran asas - membaca, menulis dan mengira.
          Membantu murid mengubah sikap negatif dan tingkahlaku yang menjejaskan proses pembelajaran.
          Memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.(Panduan Program Pemulihan KBSR Tahap Satu - 1984)


PUNCA DAN BIDANG KUASA

Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan.
          Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah KPM.
                Bil.KP(BS)8691/Jld.II/(32) bertarikh
                22 Januari 1985.
                “Guru Khas Pendidikan Pemulihan”
          Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah KPM.
                Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V (26)  bertarikh 18 Januari 1986.
                “Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah”
          Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah KPM.
                Bil.KP(BS)8502/PK/Jld.V (34) bertarikh
                 30 Jun 1989.
                “Guru Khas  Pemulihan Dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah”

SEJARAH PENDIDIKAN PEMULIHAN



SEJARAH LUAR NEGERI
          Dua buah negara yang terkenal kerana pendidikan pemulihannya ialah Amerika dan England
          Perkembangan di Amerika berkembang dengan pesatnya setelah termaktubnya PL 94-142, sementara di England pula selepas Laporan Warnock


SEJARAH DALAM NEGARA
          Bermula pada tahun 1965 apabila 3 orang guru yang mendapat latihan di England kembali berkhidmat.
          Sehingga 1968, seramai 9 orang guru telah mendapat latihan di luar negara


PROJEK KHAS UM

Pendidikan Imbuhan (Compensatory Education)
          Pendidikan Imbuhan dilaksanakan setelah mendapat sumbangan daripada Yayasan Van de Leer dari Belanda
          Pendidikan Pemulihan pula adalah sebahagian daripada Pendidikan Imbuhan
          Munculnya konsep pendidikan imbuhan selepas Perang Dunia Kedua di negara-negara Barat disebabkan wujudnya keadaan sosio ekonomi yang tidak saksama di kalangan rakyat


Pendidikan Imbuhan (Compensatory Education)
          Pendidikan Imbuhan ditujukan kepada kanak-kanak dari kelas sosial bawah yang miskin atau kanak-kanak ini dilabelkan juga sebagai golongan ‘disadvantaged’ atau ‘kurang beruntung’ & diberi bantuan khas
          Di Britain & Israel bantuan diberikan melalui dasar ‘positive discrimination’ & ‘preferential treatment’
          Bantuan yg diberikan; mengurang saiz kelas, menyediakan sukatan pelajaran khas yg diubahsuai & bantuan kewangan

          Di Malaysia Projek Pendidikan Imbuhan khasnya peringkat sekolah rendah telah dijalankan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 1975-1980
          Antara projek tersebut ialah satu kajian rintis yg menghasilkan bahan-bahan untuk kegunaan guru sekolah rendah yg berminat dalam pengajaran pemulihan
          Pendidikan Imbuhan dilaksanakan lebih awal iaitu peringkat awal pembelajaran
          Guru menentukan aspek-aspek pembelajaran yang diperlukan
          Guru menentukan objektif tingkah laku murid dengan jelas & khusus
          Guru boleh mengubahsuai bahan-bahan kurikulum & kaedah P&P yg lebih berkesan
          Guru mempunyai hubungan yg baik dgn agensi & badan-badan lain yg boleh membantu meningkatkan prestasi murid


PERBEZAAN PENDIDIKAN IMBUHAN & PENDIDIKAN PEMULIHAN


          Pendidikan Imbuhan meliputi meliputi kedua-dua faktor yg mempengaruhi pendidikan iaitu faktor dalam sekolah dan faktor luar sekolah
          Pendidikan pemulihan memberi fokus dalam sekolah sahaja
          Pendidikan Imbuhan luas skopnya selain mengkaji unsur-unsur pendidikan ianya juga meliputi unsur-unsur sosio-ekonomi & politik
          Pendidikan Pemulihan terbatas kepada faktor pedagogi dalam bilik darjah